Ikuti Tipsahad : Cara Setup iTunes Wi-Fi Sync Tanpa Router dalam Windows Vista.
iTunes wifi sync adalah feature iOS 5 yang ditunggu-tunggu oleh pengguna iPhone, iPad dan iPod. Ia membolehkan iDevice sync dengan iTunes secara wireless. Maknanya tak payah pakai USB cable. Menarik, bukan?
“Tapi saya tiada router. Saya hanya ada iPhone dan laptop sahaja, macam mana? Perlukah saya beli router?”
Sekiranya anda menghadapi masalah yang sama seperti pengguna di atas, TipsAhad kali ini akan menyelesaikan masalah tersebut.
Caranya adalah seperti berikut :
1. Dalam komputer anda, pergi Start > Control Panel > Network and Sharing Center. Kemudian, klik pada Set up a connection or network
2. Klik Set up a wireless ad hoc… dan klik butang Next
3. Tentukan Network name (contoh: sahara), Security type (dicadangkan WEP) dan Security key/Passphrase (lima atau 10 nombor atau huruf atau kombinasi kedua-duanya). Cek pada Save this network sebelum tekan butang Next.
4. Satu paparan akan keluar seperti di bawah yang menunjukkan komputer anda telah menjadi wifi hotspot.
Langkah seterusnya :
5. Dalam iPhone anda, pergi ke Setting > Wifi
6. Tap pada nama network yang anda set tadi (contoh : sahara).
7. Akhir sekali, pergi ke Setting > General > iTunes Wi-Fi Sync dan mulakan sync anda dengan senyuman.
Sekian sahaja TipsAhad : Cara Setup iTunes Wi-Fi Sync Tanpa Router dalam Windows Vista kali ini. Semoga bermanfaat.
0 komentar:
Posting Komentar